Hikmat Ayat 1000 dinar..

ayat seribu dinarBermaksud :

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.  (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

 

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

 

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

 

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

 

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Keistimewaan Pembaca Kalamullah (al-Quran)

page quran

Daripada Aishah r.a. daripada junjungan Nabi s.a.w., sabdanya; Bandingan orang yang membaca Al-Qur’an dan ia hafaz- iaitu memeliharanya, meng elok bacaannya – adalah bersama-sama malaikat, iaitu bersama malaikat yang menulis Al-Qur’an daripada Luh-Mahfuz atau bersama malaikat yang menulis amalannya. Ini menunjukkan betapa tinggi martabatnya.

Dan bandingan orang yang membaca Al-Qur’an dan ia membacanya dengan cermat dan hati-hati, supaya jangan tersalah, pada hal bersangat payah keatasnya – kerana ketiadaan hafaznya atau kurang mahirnya – maka baginya dua pahala.

Kesimpulannya: Orang yang membaca Al-Qur’an itu tidaklah sia-sia, lebih-lebih orang yang mengerti apa yang di bacanya maka lebih pula balasan pahala di atas bacaannya itu.

Masa dan tempat mustajab DOA`.

PP0278

Berikut adalah masa dan tempat yang mustajab untuk berdoa menurut hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:

1. Antara azan dan qamat

2. Ketika akan memulai sembahyang dan sesudahnya.

3. Ketika sujud dalam sembahyang.

4. Ketika iktidal terakhir di dalam sembahyang.

5. Ketika antara waktu zohor dan asar.

6. Ketika antara waktu asar dan maghrib

7. Pada waktu asar hari Jumaat.

8. Pada hari Jumaat dan malamnya.

9. Ketika di tengah malam.

10. Pada 1/3 malam terakhir dan pada waktu sahur

11. Ketika jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari segala gangguan.

12. Ketika khatam membaca al-Qur’an.

13. Ketika hujan.

14. Ketika ayam berkokok. (ayam melihat malaikat lalu, malaikat turut mengatakan Aamin)

15. Pada bulan Ramadhan, terutama pada malam lailatul qadar.

16. Pada malam hari raya yang pertama.

17. Pada malam hari raya Haji yang pertama

18. Ketika khatib duduk antara dua khutbah.

19. Ketika khatib turun dari mimbar.

20. Pada hari Arafah, terutama di Arafah.

21. Di perkuburan Rasulullah S.A.W.

22. Ketika berhadapan dengan musuh dalam medan perang.

23. Ketika melihat Masjid Rasulullah.

24. Di pintu Ka’bah – ketika mengadap Ka’bah, di dalam Ka’bah, ketika melihat Ka’bah.

25. Ketika melakukan tawaf di Ka’bah.

26. Di Multazam.

27. Di telaga Zam-Zam.

28. Di belakang makam Nabi Ibrahim.

29 Di atas bukit Safa’ dan Marwah.

30. Di Muzdalifah.

31. Di Mina

32. Di Jamrah yang ketiga.

33. Di Masjid, di tempat-tempat ibadat orang Islam atau di tempat-tempat lainnya yang di pandang baik dan mulia.

Ilmu itu Lebih Baik dari HARTA…

C0141

Kata Saidina Ali k.w. (karamullahuwajhah) :

Ilmu itu adalah lebih baik daripada Harta kerana :

1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan fir’aun.

2. Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.

3. Orang yang memiliki ilmu, ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.

4. Ilmu itu jika diajarkan, ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.

5. Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan. Manakala orang yang berharta pula di seru dengan kecelaan dan kebakhilan.

6. Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta pula perlu di jaga dari kecurian.

7. Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta, akan di hisab pada Hari Kiamat.

8. Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.

9. Ilmu dapat menerangkan hati. Manakala harta pula dapat mengeraskan hati.

10. Orang yang berilmu mendakwa kehambaan (bersifat rendah diri). Manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.