Siapakah kita?? siapa… yaa..??

               Siapakah orang yang sombong?

               Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
               kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di
               bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

               Siapakah orang yang telah mati hatinya?

               Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur’an,  Hadith dan
               cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

               Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

              Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
              Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

               Siapakah orang yang kuat?

               Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  kemarahannya  ketika  ia  di  dalam  kemarahan.
               Siapakah orang yang lemah? Orang yang  lemah adalah   orang  yang  melihat akan kemaksiatan di depan
               matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

                Siapakah orang yang bakhil?

                Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  untuk  membaca selawat  keatas
                 junjungan Rasulullah s. a. w.

                Siapakah orang yang buta?

                Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  akan  kebesaran  Al Qur’an dan
                 tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

                Siapakah orang yang tuli?

                 Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

                Siapakah orang yang sibuk?

                Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia
                mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


                Siapakah orang yang manis senyumanya?

               Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata
               “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi  Aku  redha  dengan  ketentuanMu ini”,
               sambil mengukir senyuman.

                Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

                Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendiri lalu  mengingat  akan
                kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

                Siapakah orang yang kaya?

                Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak  loba  akan  kenikmatan
                dunia yang sementara ini.

                Siapakah orang yang miskin?

                Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  sentiasa  menumpuk-numpukkan
                harta.

                Siapakah orang yang pandai?

                Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia
                 pendek sedang akhirat kekal abadi

                Siapakah orang yang bodoh?

                Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan
                akhiratnya diabaikan.

                Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

                Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.

                Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

                Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
                akan sesuatu perkara itu.

                Siapakah orang yang gila itu?

                Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  hanya  dua  syarat   saja  yang
                memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua
                ketika ia tidak siuman akalnya.

                Siapakah orang yang rugi?

                Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
                ibadat dan amal-amal kebaikkan.

                Siapakah orang yang selalu ditipu?

                Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada
                orang tua.

                Siapakah orang yang paling cantik?

                Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

                Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa  amal amal  kebaikan
                di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

                Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal
                kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

                Siapakah orang yang mempunyai akal?

                Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan
                akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Advertisements

Keistimewaan Pembaca Kalamullah (al-Quran)

page quran

Daripada Aishah r.a. daripada junjungan Nabi s.a.w., sabdanya; Bandingan orang yang membaca Al-Qur’an dan ia hafaz- iaitu memeliharanya, meng elok bacaannya – adalah bersama-sama malaikat, iaitu bersama malaikat yang menulis Al-Qur’an daripada Luh-Mahfuz atau bersama malaikat yang menulis amalannya. Ini menunjukkan betapa tinggi martabatnya.

Dan bandingan orang yang membaca Al-Qur’an dan ia membacanya dengan cermat dan hati-hati, supaya jangan tersalah, pada hal bersangat payah keatasnya – kerana ketiadaan hafaznya atau kurang mahirnya – maka baginya dua pahala.

Kesimpulannya: Orang yang membaca Al-Qur’an itu tidaklah sia-sia, lebih-lebih orang yang mengerti apa yang di bacanya maka lebih pula balasan pahala di atas bacaannya itu.

Masa dan tempat mustajab DOA`.

PP0278

Berikut adalah masa dan tempat yang mustajab untuk berdoa menurut hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:

1. Antara azan dan qamat

2. Ketika akan memulai sembahyang dan sesudahnya.

3. Ketika sujud dalam sembahyang.

4. Ketika iktidal terakhir di dalam sembahyang.

5. Ketika antara waktu zohor dan asar.

6. Ketika antara waktu asar dan maghrib

7. Pada waktu asar hari Jumaat.

8. Pada hari Jumaat dan malamnya.

9. Ketika di tengah malam.

10. Pada 1/3 malam terakhir dan pada waktu sahur

11. Ketika jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari segala gangguan.

12. Ketika khatam membaca al-Qur’an.

13. Ketika hujan.

14. Ketika ayam berkokok. (ayam melihat malaikat lalu, malaikat turut mengatakan Aamin)

15. Pada bulan Ramadhan, terutama pada malam lailatul qadar.

16. Pada malam hari raya yang pertama.

17. Pada malam hari raya Haji yang pertama

18. Ketika khatib duduk antara dua khutbah.

19. Ketika khatib turun dari mimbar.

20. Pada hari Arafah, terutama di Arafah.

21. Di perkuburan Rasulullah S.A.W.

22. Ketika berhadapan dengan musuh dalam medan perang.

23. Ketika melihat Masjid Rasulullah.

24. Di pintu Ka’bah – ketika mengadap Ka’bah, di dalam Ka’bah, ketika melihat Ka’bah.

25. Ketika melakukan tawaf di Ka’bah.

26. Di Multazam.

27. Di telaga Zam-Zam.

28. Di belakang makam Nabi Ibrahim.

29 Di atas bukit Safa’ dan Marwah.

30. Di Muzdalifah.

31. Di Mina

32. Di Jamrah yang ketiga.

33. Di Masjid, di tempat-tempat ibadat orang Islam atau di tempat-tempat lainnya yang di pandang baik dan mulia.

Ilmu itu Lebih Baik dari HARTA…

C0141

Kata Saidina Ali k.w. (karamullahuwajhah) :

Ilmu itu adalah lebih baik daripada Harta kerana :

1. Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan fir’aun.

2. Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.

3. Orang yang memiliki ilmu, ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.

4. Ilmu itu jika diajarkan, ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.

5. Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan. Manakala orang yang berharta pula di seru dengan kecelaan dan kebakhilan.

6. Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta pula perlu di jaga dari kecurian.

7. Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta, akan di hisab pada Hari Kiamat.

8. Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.

9. Ilmu dapat menerangkan hati. Manakala harta pula dapat mengeraskan hati.

10. Orang yang berilmu mendakwa kehambaan (bersifat rendah diri). Manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.

Welcome…

 

Pintu Masuk

Selamat datang ke laman MGPS Kuantan. Pelbagai perkara kami paparkan untuk anda sebagai pautan anda. Serta beberapa aktiviti MGPS yang dijalankan, album, pengumuman dan banyak lagi. Kenali dengan lebih lagi melalui mgpskuantan.wordpress.com. Semoga anda berpuas hati..